Tuesday, 29 October 2013

DENGGI BERDARAH!

ISH!SERIAU TEMAN..

As salamualaikum sayup suara kedengaran di talian
Waalaikumusalam jawapku
Ada cerita sedih...suara tu berbunyi lagi
Apa?tanyaku kehairanan
Kak Ana masuk ICU!katanya
Kenapa?tanya ku lagi
Denggi berdarah!jawapnya
Ooooooo....

Kak Ana,bukan sedara mara,bukanlah sahabat handai...hanya saudara seislam.
Dia kami kenal,sebagai saudara sebelah suami kakakku
Dah bertahun tahun....akhirnya terbit kemesraan sesama insan
Tambahan pula....
Kak Ana sering bawa mak ke sana kemari sebagai teman dia keluar kota
Kak Ana pandai memasak!
Kak Ana baik dan peramah!
Kak Ana yang baik budi,telah menganggap mak bagai ibu kandung sendiri.
Kami tak cemburu,kami tak kisah...
Kerana mak juga keseorangan,mak pun tak berteman bila semua orang keluar berkerja atau semua cucunya ke sekolah.
Kak Analah yang rajin teman mak,teman berbual di kala sunyi.

Bila dia masuk hospital?tanyaku lagi
Aku tak tahu....jawap kakak
Semalam dia ada hantar sms,dia kata....dia kena denggi berdarah!dah 5 hari dia dok kat hospital.....aku hanya balas dengan doa dan kata perangsang je...
Ooooo....
Tadi,masa aku datang bawa mak,Kak Ana nangis tengok mak,dia genggam tengan emak kuat2,macam nak peluk mak erat2.....
Tangan mak di bawa ke dada dan di kucupnya dengan penuh kasih sayang..
Sedih betul lah!
Selalu dia yang rajin bawa mak gi ambil ubat kat bandar,dia rajin layan mak...
Ooooo...
Apa keadaan dia sekarang?tanyaku lagi
Tunggu je...Doktor dah suruh kitaorang baca yassin...dan suruh buat persiapan...kata kakak lagi
Ooooo...kelu lidah tak terkata,nak kirim kan salam,Kak Ana dah tak sedarkan diri.Nafas hanya bergantung mesin hayat.Badan Kak Ana dah bengkak sana sini....Organ badan Kak Ana dan tak berfungsi 100%!
Tak tahu nak kata apa,harap ALLAH beri peluang pada Kak Ana untuk melihat dunia lagi..

Tak payah risau sangat,Kak Ana tu baik....Kalau ALLAH ambil dia,salah dia hanya dengan ALLAH je.dengan manusia,Kak Ana dah cukup sempurna...kataku lagi
Betul.....mak yang dia tak kenal pun !dia rajin layan....kata kakak lagi..
Kat area kawasan perumahan aku ni,banyak kes denggi.
Tadi tengahari pun ada orang mati kena denggi!katanya lagi
Oooo...bahaya tu!...balasku pula
kalau ada apa2,kau beritahu tau!kataku
talian terputus!
Ingatan pada Kak Ana mulai terisi di sanubari.
Setiap tahun,tempah kuih raya dengan Kak Ana.
Kuih tart,kuih kacang dan berbagai aneka kuih muih .
Semuanya sedap dan cantik!

Sebelum denggi menyerang,Kak Ana sudah ada penyakit dalam badan.
Sakit saraf ini buat Kak Ana tak berdaya lagi..
Sakit saraf Kak Ana yang telah lama bersarang mula tak menyebelahi Kak Ana.Sakit saraf ini telah melumpuhkan semua organ dalaman Kak Ana.
Buah pinggang dah tak berfungsi,jantung semakin lemah..pendek kata...
Kak Ana sedang bertarung dengan maut!
Malaikat Izrail telah melawat Kak Ana 70 kali dalam sehari.
Kak Ana pasti ada terlihat seorang yang Kak Ana tak kenali sedang memerhatikan kak Ana.
Semasa dia merenung tajam pada  Kak Ana,Jika Kak Ana sedar,nescaya Kak Ana tak tergamak untuk ketawa,makan,minum dan melakukan semua aktiviti keduniaan!
Kak Ana pasti akan solat,solat,solat dan solat!
Tu....kalau Kak Ana tau!
Kalau tak tahu....tawakkallah!Kak Ana....

Kata Ustaz,bila malaikat Izrail datang melihat kita,seandainya lah!kita sedang bersukaria,kita sedang melakukan maksiat!
Malaikat akan berkata...
Aku di tugaskan untuk mengambil nyawa kau wahai manusia!sebaliknya kau sedang bersukaria!tidakkah kau takut pada kematian?
Kita bukan tak takut...tapi kita tak tahu!Bila,di mana kita akan mati!sedangkan 120 hari dalam kandungan ibu,ALLAH telah menetapkannya.Hanya kita yang tak tahu kerana itu semua rahsia ALLAH buat kita.

Itulah putaran hidup,yang bernyawa pasti akan mati
Yang sehat akan sakit
Yang gembira akan berduka
Yang sedih akan gembira....
Yang mendengar tak mungkin mendengar lagi!
kicauan burung di pagi hari..sudah tak memberi makna apa2 buat Kak Ana.tangisan anak2 telah lenyap dari pendengaran,Kak Ana dan terbaring sepi..mengharapkan kasih sayang dari sang pencipta!
Ikhtibar untuk diri sendiri,sehebat mana pun kita...
akhirnya...
Ditanam dan bakal jadi menu ulat!
Jika di dunia kita geli pada ulat!
Di dalam sana.....ulatlah yang setia jadi kawan kita..
Memakan habis!tubuh badan yang dulunya cantik jelita,segak bergaya...
Kini....hancur di makan ulat dengan lahapnya.

Pagi ini....
Keadaan masih sama,Doktor dah lakukan yang terbaik buat Kak Ana..
Dah masukkan ubat paling baik!
Dah beri bantuan sebaik mungkin!
Selebihnya.....
ALLAH yang tahu....
Kita hanya merancang,Tuhan yang menentukan
Ramalan Doktor tiada harapan,tapi....hanya doa yang dapat bantu Kak Ana..

CATATAN KE 353
Semuga Kak Ana akan pergi dengan kasih sayang dari ALLAH.

*Akhirnya....Kak Ana telah kembali kepada sang pencipta sebelum zuhur.Sebaik Kak Ana meninggal,kebetulan hujan turun dengan lebatnya.Subhanallah...maha besar ALLAH.
Kak Ana seorang anak,seorang isteri,seorang ibu,ahli masyarakat  dan salah satu makhluk tuhan yang terpilih wujud di muka bumi ini.Beliau seorang yang ringan tulang,baik dan ikhlas membantu.Jika nak ke majlis keramaian,kak Ana tak peduli pada penampilan tapi...keikhlasan Kak Ana membantu yang patut kita contohi.Setiap majllis keluarga atau majlis siapa pun!Kak Ana lah yang berhempas pulas di dapur.Setiap pagi datang teman mak bersarapan sama,apa aje di jamu akan di jamah tanpa segan silu.
Sebagai tauladan untuk diri sendiri...
sikap sederhana itu yang penting daripada glamour sana sini tapi...Tin kosong!
Kak Ana membantu tanpa bunyi.....
Kita yang melihat pun jadi pelik!siapa pun yang datang meminta bantuan...Tanpa runggutan Kak Ana akan pergi...

Semuga roh Kak Ana akan di tempatkan di kalangan insan2 yang beriman.Semuga Kak Ana akan tenang di sana.Tak tahu nak kata apa lagi.....
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un